Pulang Dari SSBP

Malam tadi aku pulang dari SSBP. 5 hari aku di sana. Melihat perkembangan pelajar-pelajar dan anak-anak muridku dalam bidang akademik dan juga sukan. Ada juga yang telah tamat pengajian, masuk ke universiti dalam bidang Sains Sukan. Bagus tu. Aku menyokong tindakan mereka.

Hari ini, aku memulakan penulisan dalam WordPress. Blogger kena sekat. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang tidak. Tak tahu apa nak jadi dengan sistem jaringan internet di universiti sekarang. Jika penulisan disekat, bagaimana pelajar boleh mematangkan diri, muhasabah diri, motivasi diri dengan cara menulis?

Aku akan tetap menulis. Menulis itu satu perjuangan, bukan? Ya… kita tulis, kita edarkan pandangan kita. Kita buka pemikiran orang ramai. Ada banyak mesej yang boleh dilayangkan. Ada orang tidak prihatin soal ini. Prejudis mengenai kebebasan bersuara? Itu juga satu bentuk penindasan.

Hari ini cukup letih. Aku belum mahu makan hari ini. Ada sebabnya. Aku terlalu sibuk mengatur sesuatu. Masa depan. Pengorbanan. Apa orang lain kata agaknya? Kalau aku tak terangkan mana mereka akan tahu. Lain kali, lain hari.

Leave a Reply