Menjejaki Bola Boling

Saya sedang menjejaki bola boling tetap untuk kegunaan sendiri. Ini akan meningkatkan pencapaian saya dalam permainan. Buat masa ini ada satu bola boling yang telah dipakai, dalam penelitian saya. Saya akan membelinya pada masa akan datang.

Memori Otot

Hari ini aku melakukan latihan untuk memulihkan memori otot. Pergerakan yang berada di luar kawalan minda sedar. Latihan ini penting untuk meningkatkan konsistensi dalam permainan tenpin boling. Gerak langkah, berdiri, bersedia, bergerak laju, lontaran.
Adakah kedudukan kaki seperti yang dirancang? Adakah pergelangan tangan dipusing secara tidak sedar? Adakah hayunan dibuat secara lurus atau miring? Adakah bola [...]

Tempat Ketiga

Malam tadi seperti yang aku janjikan, aku memakai baju yang dihadiahkan oleh anak muridku untuk bertanding dalam pertandingan boling.
Sejak terkena hujan pada waktu tengah hari semasa hendak pergi ke masjid untuk solat Jumaat beberapa hari lepas, aku hilang konsentrasi. Namun, secara tak sengaja, aku terhantuk pada dinding kaca pusat boling. Entah, aku tak faham sebab [...]

Lagu Tema Blog Ini

http://www.fileden.com/files/2006/8/16/170317/julin.rm

Techwave 17 September 2006

Hari ini kumpulan boling Techwave telah didaftarkan. Kumpulan boling yang akan beraksi dua hari lagi. Bertempat di Skudai Parade. 17 September 2006, pukul 8 malam. Ini adalah pertandingan boling kedua yang aku sertai. Aku sebagai pengurus pasukan. Nama Techwave ini kawan aku yang letak. Sebenarnya pasukan ini dibentuk untuk pertandingan itu sahaja. Wallahualam.
Sementara itu, aku [...]

Mengajar Lagi

Dua hari lepas, aku ke SSBP lagi. Kali ini aku beri tumpuan kepada pelajar tingkatan 3. 3 Komanwel. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menerima tunjuk ajar. Bukan mengajar secara rasmi. Suka-suka, sukarela, ikhlas, jujur dan seangkatan dengannya. Budak-budak ni dah macam anak-anak aku sendiri. Sebab aku pernah menjadi pembantu warden di sekolah itu dulu. Jadi [...]

Steve Irwin – Pemburu Buaya Temui Ajal Dicangkuk Ikan Pari

“Our whole reason to be on this planet is to educate people about wildlife. I will die doing that.” – Steve Irwin, (The Crocodile Hunter: 1998)
Kata-kata itu telah dikotakannya. 4 September 2006, Steve Irwin, 44 tahun, mati disengat seekor ikan pari “stingray” ketika beraksi untuk sebuah dokumentari berjudul “Ocean Deadliest” di Great Barrier Reef, Australia. Cangkuk [...]

11 September 2001

Pada 11 September 2001, seramai 2,973 orang terkorban dan 24 orang lagi hilang selepas serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York.
Maruah Amerika sebagai satu kuasa besar tercalar dengan pencerobohan mudah apabila sistem pertahanan negaranya berjaya dicerobohi. Peristiwa ini kemudiannya diperalatkan oleh Bush untuk menyerang negara-negara Islam dengan kempen anti-pengganas. Dalam diam, tersirat [...]

Pulang Dari Segamat

Pagi tadi sekitar pukul 1 pagi, aku bertolak ke Segamat. Mengantuknya memang ada. Sekitar pukul 2.59 pagi, baru sampai di Tenang, Labis, Segamat. Sekitar pukul 4 pagi, bertolak pulang dan tiba di tempat kediamanku sekitar pukul 6.09 pagi. Pergi dan balik melibatkan jarak sejauh 320 kilometer. Mengantuk belum hilang lagi ni. Tulis apa yang patut. Blogger masih kena sekat [...]

Kereta Tersadai Di Tepi Jalan

Pernah dengar kisah ini? Sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu diletakkan di bahu jalan. Si suami pergi ke hutan berhampiran, ke sungai mencari air.
Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung [...]